
Resepi kali ini, insyaAllah....
1. Kuih ketayap gulung berinti citra
Semoga resepi ini memberikan banyak pilihan untuk kita menyediakan hidangan petang atau pagi, atau hidangan untuk menyambut tetamu yang menguja selera, berkhasiat dan menarik (Mungkin)
1. KUIH KETAYAP GULUNG BERINTI CITRA

LEMPENG KETAYAP
600 gram tepung gandum
80 gram tepung jagung
0.8 liter Susu cair (santan cair jika suka) atau gunakan air biasa
2 biji telur
Sedikit garam secukup rasa
sedikit minyak

INTI 1 ( ASLI )
1/2 biji Kelapa parut (putih sahaja)
150 gram gula pasir
Sedikit garam
INTI 2 ( GULA MERAH/GULA MELAKA)
1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
200 gram gula merah (brown sugar)
sedikit garam
INTI 3 (DURIAN)
1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
100 gram gula pasir
4 ulas durian (isi sahaja)
sedikit garam
INTI 4 (SIRAP ROS)
1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
150 gram gula pasir
1 camca kecil sirap ros
sedikit garam

INTI 5 (PERISA NENAS)
1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
200 gram gula pasir
1/4 biji nenas masak (yang diparut)
sedikit garam
INTI 6 (PERISA MANGGA/LAICI)
1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
150 gram gula pasir
sebiji mangga / 1/2 tin laici ( kisar halus dengan sedikit air)
sedikit garam
CARA-CARA MEMBUAT :
- PILIH SATU JENIS INTI SAHAJA UNTUK 1 ADUNAN LEMPENG
- Semua jenis inti kecuali nenas./mangga/laici.. campur semua bahan dalam kuali, sangai(sangan) atau goreng tanpa minyak .. sehingga gula hancur dan inti agak sebati.
- Inti nenas/mangga/laici.... masak nenas/mangga/laici bersama gula..hingga sejat air. Kemudian gaul kelapa hingga sebati (ditambah sedikit garam secukup rasa)
- Biarkan sejuk sebelum diletakkan dalam lempeng ketayap
- Bancuh bahan lempeng ketayap dan pukul sekejap, sehingga bahan bater sebati...biarkan beberapa minit dan tidak bergentel..
- Letak sedikit minyak dalam kuali dan goreng bater, dalam bentuk bulat..( sama ada memusingkan kuali atau membentuk bulat nipis menggunakan senduk yang digunakan)
- biarkan sedikit sejuk. Letak inti yang telah disediakan tadi dalam lempeng dan gulung cantik.
- Hidangkan
(Untuk memastikan bater sesuai, titiskan bater dari senduk... sekiranya bater turun berpintal dan lancar, bater telah cukup adunannya.)
SELAMAT MENCUBA.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan