KARIPAP SARDIN ALA D'JAPIAH
Inti karipap
1 tin sardin besar
1 paket biskut lemak
5 labu bawang besar
5 biji cili merah (Hijau boleh juga)
3 camca besar minyak masak
garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Bawang besar dipotong dadu dan cili merah di
belah dua dan dihiris.
2. Hancurkan isi sardin dan asingkan sos
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan
bawang dan cili merah biar agak layu.
4. Masukkan sos sardin dan biarkan seketika, kemudian masukkan isi sardin.
5. Perlahankan api dan renehkan agar sos sejat.
6. Masukkan garam secukup rasa (1 camca kecil)
7. Hancurkan biskut lemak atau biskut jagung dan masukkan ke dalam inti
tunggu hingga kering. Sekiranya tidak kering, masukkan sedikit serbuk
gandum. (Sama ada anda masukkan biskut lemak atau biskut jagung,
kedua-duanya akan menghasilkan sedikit rasa berbeza)
Kulit Karipap
Doh 1
Bahan-Bahan:
Tepung Gandum 1 kilo
minyak masak 2 cawan
Air Sejuk (Ais) 1 cawan
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak
2. Gaulkan tepung dan garam dalam
mangkuk adunan
3. Bentukkan tepung seperti kolam,
tuang minyak panas. Kemudian
gaulkan sebati dan merata.
Biarkan seketika.
4. Masukkan air sejuk ke dalam adunan.
Uli sehingga doh sebati.
5. Bentukkan bulat-bulat kecil dan kemudian gelek untuk menjadi kepingan
sederhana nipis, masukkan inti karipap, kepit dan kelepet.
Minyak panas dan air sejuk yang dicampurkan dalam adunan itu mempunyai sifat berbeza dan akan menjadi kulit karipap lebih lembut dan garing serta tahan lama. Minyak panas tersebut akan menyebabkan tepung sedia masak. Jadi anda hanya perlu menggoreng karipap itu sebentar sahaja. Doh 1 ini saya gunakan untuk karipap sardin ini. Namun masa saya buat di Asrama Kg.Kenanga; saya memilih bentuk bulat untuk karipap sardin ini, iaitu dengan membuat 2 keping kecil tepung. Kemudian letakkan inti ke atas satu keping doh. Kepingan satu lagi ditangkupkan ke atas inti. Kepit dan kelepet keliling karipap tersebut. Ikut citarasa kalian untuk menyesuaikan termasuk jumlah cili yang digunakan. Karipap sardin boleh juga dimakan bersama sos cili sedia ada di pasaran atau sos cili yang disediakan sendiri.
Sos Cili Ringkas
Sos Cili Bawang putih 3 camca besar
Gula 1 camca besar
Cuka buaran 1 camca sedang
Garam dan sedikit air
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam
periuk dan didihkan selama lima minit.
(Gandakan sukatan jika hendak lebih
banyak sos)
SELAMAT MENCUBA!!!!