Sabtu, 18 April 2020

AKU INGIN KEMBALI BERKONGSI

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh
Setelah begitu lama tidak menjengah halaman ini, dinihari yang sunyi terpanggil untuk memulakan kembali catatan di sini, berkongsi sesuatu yang boleh kutinggalkan jika Allah menjemputku kelak.  Atau yang boleh digunakan semula oleh anak-anak atau anak didikku; atau sesiapa yang memerlukan..semoga bermanfaat..
       Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) angkara COVID19 ini, kuharapkan ada keluangan masa untuk berkongsikan resepi 'campak-campak'  yang ku reka sendiri.. Seperti sebelum ini, resepi dalam blog ini hasil air tangan sendiri. Awalnya dipelajari, kemudian dicuba, seterusnya disesuaikan..ikut selera sendiri. Ada juga direka berdasarkan resepi yang pernah kurasa, kupenjamkan mata untuk membayangkan bahan berdasarkan rasa makanan. Contohnya, mee bandung yang nikmat rasanya bagiku..hasil tangan Kak Asma tukang masak di kantin Institut Bahasa Kuala Lumpur  (1988-1990).. sehingga kini ku belum bertemu resepi yang betul-betul sama tapi akan kumuatkan juga resepi kak Shima dalam ruangan ini kelak. Seandainya tidak menepati selera anda, ubahsuai ikutlah citarasa sendiri.. semua orang boleh memasak. InsyaAllah akan jadi seperti yang anda inginkan.

Pelbagai pengalaman yang kulalui banyak mengajarku tentang hidup..
langit tidak akan selalu cerah. Adakalanya Allah turun hujan ribut, rupa-rupanya Allah ingin mengurniakan pelangi nan indah.. kubelajar banyak..dan sedar Allah tidak benarkan aku jauh dariNya.. Syukur, Alhamdullillah..
Terima kasih Allah kerana menyayangiku..

#nasihatuntukhidupkuyanghidup